1        Pernyataan berikut menggambarkan proses pemahaman terhadap Sejarah.

 

Ciri-ciri sejarah dapat membantu kita merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku dengan mengumpul dan menyalinkan maklumat yang diperoleh.

 

 

 

 

 

 

Mengapakah proses rekonstruksi perlu dilakukan?

 

A         Memberikan sebab

B         Mengenalpasti sumber

C         Membentuk gambaran

D         Membuktikan kesahihan

 

2        Peralatan berikut telah dihasilkan pada Zaman Neolitik.

 

  • Periuk
  • Belanga

 

 

 

 

 

 

Apakah faktor yang membolehkan peralatan tersebut dihasilkan?

 

A         Penggunaan tanah liat

B         Penemuan bahan logam

C         Perkembangan perdagangan

D         Pengamalan pembahagian kerja

 

3        Dialog berikut menerangkan perkembangan kerajaan Funan.

 

 

Parveen       : Kerajaan Funan merupakan kerajaan pertanian

yang maju.

Suzy            : Bukan itu sahaja! Funan juga terkenal sebagai

pusat perdagangan.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah faktor yang mendorong kepada perkembangan perdagangan dalam

kerajaan Funan?

 

A           Kemajuan Oc-Eo

B           Penghasilan kapal

C           Pembinaan barray

D           Kemasukkan pedagang India

 

 

4        Monolog berikut mungkin diucapkan oleh Parameswara sejurus tiba di Temasik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah Parameswara berpendapat demikian?

 

A         Temasik berkedudukan strategik

B         Temasik kaya dengan hasil bumi

C         Temasik mempunyai ramai penduduk

D         Temasik memiliki pertahanan semula jadi

 

5

  • Pokok bakau
  • Pokok api-api

Apakah kepentingan perkara berikut terhadap Melaka?

 

 

 

 

 

 

A         Bahan bakar

B         Senjata tradisional

C         Benteng pertahanan

D         Sumber pendapatan

 

6        Petikan berikut menggambarkan keadaan Melaka pada zaman kegemilangannya.

 

 

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin kaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”

                                                     – Sejarah Melayu –

 

 

 

 

 

 

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan petikan tersebut?

 

A        Melaka mempunyai pemerintah yang mesra

B        Melaka merupakan pusat pelancongan utama

C        Melaka mempunyai penduduk berbilang kaum

D        Melaka merupakan pusat perdagangan antarabangsa

 

[Lihat halaman sebelah

 

7        Pernyataan berikut menggambarkan tindakan pemerintah kerajaan luar.

 

Semasa Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda turut diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga.

 

 

 

 

 

 

Apakah nilai yang ditunjukkan oleh raja-raja tersebut?

 

A         Syukur

B         Dedikasi

C         Taat setia

D         Kerjasama

 

8    Rajah berikut merujuk kepada perubahan pucuk kepimpinan di Melaka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah peristiwa yang membawa kepada perubahan tersebut?

 

A         Penyerangan tentara Portugis

B         Penentangan pembesar Melayu

C         Kematian Bendahara Tun Perak

D         Pembunuhan Bendahara Tun Mutahir

 

9        Pernyataan berikut menerangkan usaha kerajaan Johor dalam mengukuhkan kekuasaannya.

 

Penguasaan Johor terhadap jajahan takluknya telah diperkukuhkan pada abad ke-17 oleh Laksamana Tun Abdul Jamil.

 

 

 

 

 

 

Bagaimanakah beliau mencapai matlamat tersebut?

 

A         Menempatkan wakil

B         Membina kubu pertahanan

C         Memindah pusat pentadbiran

D         Mewajibkan amalan menjunjung duli

 

 

 

10    Rajah berikut menunjukkan perubahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di sepanjang Sungai Johor dan Kepulauan Riau-Lingga.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?

 

A        Bencana alam

B        Desakan penduduk

C        Strategi pertahanan

D        Pertukaran pemerintah

 

11    Jadual  berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani antara Perak dengan Belanda.

 

Tarikh

Peristiwa

13 Mac, 1753

Sultan Iskandar Zulkarnain telah menandatangani perjanjian dengan Thomas Acheppers

 

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

 

A        Perak menjual bijih timah kepada Belanda

B        Perak menerima seorang penasihat Belanda

C        Perak menggunakan sistem mata wang Belanda

D        Perak memperoleh bantuan ketenteraan Belanda

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

12    Maklumat berikut menerangkan pentadbiran jajahan dan daerah dalam kerajaan Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah tugas pembesar jajahan dan daerah?

 

I            Menyediakan tenaga kerja

II          Menjaga keamanan negeri

III         Mengawal sistem mata wang

IV         Menasihati sultan dalam pentadbiran

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

13    Rajah berikut berkaitan dengan amalan penting dalam masyarakat Melayu tradisional.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amalan tersebut menggambarkan rakyat mempunyai sikap

 

I         taat setia

II       bijak berfikir

III      rajin berusaha

IV      sedia berkorban

 

A       I dan II

B       I dan IV

C       II dan III

D       III dan IV

 

14    Maklumat berikut menerangkan adat resam kumpulan etnik di Sarawak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah mereka berbuat demikian?

 

A         Menghormati arahan tuai

B         Mementingkan status sosial

C         Menjaga keselamatan keluarga

D         Mengutamakan amalan warisan tradisi

 

15    Senarai berikut merupakan undang-undang adat yang terdapat di Sabah.

 

  • Babas
  • Sogit
  • Kepanasan

 

 

 

 

 

Mengapakah undang-undang tersebut dilaksanakan?

 

A         Menjamin keadilan

B         Memberi pengajaran

C         Mengerat perhubungan

D         Mengiktiraf kekuasaan pemerintah

 

16    Peristiwa berikut berlaku di Kedah dan Johor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19.

 

  • Perebutan takhta
  • Pergolakan politik

 

 

 

 

 

Apakah kesannya terhadap Kedah dan Johor?

 

A        Kehilangan wilayah

B        Dikuasai negeri Siam

C        Diserang tentera British

D        Kemerosotan sistem beraja

 

[Lihat halaman sebelah

 

17    Rajah berikut menerangkan peranan pelabuhan Pulau Pinang pada abad ke-18.

 

 

 

 

 

 

Mengapakah Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan persinggahan?

 

A        Terdapat banyak tenaga mahir

B        Kestabilan sistem pemerintahan

C        Kemakmuran ekonomi pertanian

D        Terlindung daripada tiupan angin monsun

 

18    Pernyataan berikut merupakan perkembangan yang berlaku di Pulau Pinang pada abad ke-18.

 

Pada 11 Ogos, 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan di Pulau Pinang.

 

 

 

 

 

 

Apakah implikasi daripada peristiwa tersebut?

 

A        Pelantikan Residen British

B        Penamatan perebutan takhta

C        Bermulanya penjajahan British

D        Berakhirnya sistem pemerintahan beraja

 

19    Jadual berikut merujuk kepada tindakan pedagang Negeri-Negeri Selat.

 

Tahun

Peristiwa

1873

Seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan British.

 

Mengapakah mereka berbuat demikian?

 

A         Mendesak campur tangan

B         Mendapatkan bantuan modal

C         Meminta bantuan ketenteraan

D         Membantah perubahan mata wang

 

 

 

 

 

 

 

Raja Abdullah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

20    Apakah cara yang digunakan oleh tokoh tersebut untuk menjadi pemerintah

Perak?

 

A         Memerangi Raja Ismail

B         Meminta bantuan British

C         Memodenkan sistem pentadbiran

D         Mendapatkan sokongan kongsi gelap

 

21    Pernyataan berikut menggambarkan usaha British untuk menguasai Negeri-negeri Melayu.

 

 

Selepas menguasai Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British mula memberi perhatian kepada Negeri-negeri Melayu Utara dan Selatan Tanah Melayu.

 

 

 

 

 

 

Mengapakah British berbuat demikian?

 

A         Menjalin persahabatan dengan Siam

B         Menghalang kemaraan kuasa Eropah

C         Menyekat pengaruh pembesar Melayu

D         Menyeragamkan pentadbiran Tanah Melayu

 

 

 

 

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

22    Maklumat berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani antara British

dengan Siam.

 

Perjanjian Sulit 1897

 

 

 

 

 

Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?

 

A         Menempatkan Penasihat British di Siam

B         Menghalang kuasa asing bertapak di Siam

C         Menyekat Siam menyerang Tanah Melayu

D         Mengekalkan kedaulatan Raja-raja Melayu

 

23    Jadual berikut merujuk kepada pemerintah Melayu yang enggan mengiktiraf

Perjanjian Bangkok 1909.

 

Nama Pemerintah

Negeri

Raja Syed Alwi

Perlis

Sultan Abdul Hamid Halim Syah

Kedah

Sultan Zainal Abidin III

Terengganu

 

Mengapakah mereka bertindak demikian?

 

A         Tidak dibawa berunding

B         Dipengaruhi Amerika Syarikat

C         Ingin kekal di bawah kekuasaan Siam

D         Tidak mahu pembangunan ekonomi terjejas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

24    Garis masa berikut menunjukkan kawasan yang dikuasai oleh James Brooke dan

Charles Brooke di Sarawak.

 

Lawas

Sungai Trusan

Sungai Rajang

Sungai Samarahan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanakah mereka menguasai kawasan tersebut?

 

A           Kekuatan ketenteraan

B           Penggubalan peraturan

C           Penyeragaman pentadbiran

D          Menandatangani perjanjian

 

25    Maklumat berikut merupakan perlembagaan yang diisytiharkan Charles Vyner

Brooke.

 

 

Perlembagaan Sarawak 1941

 

 

 

 

Mengapakah perlembagaan tersebut tidak dapat dilaksanakan?

 

A         Berlaku ancaman komunis

B         Meletus Perang Dunia Kedua

C         Meletus penentangan penduduk

D         Berlaku Kemelesetan Ekonomi Dunia

 

 

 

 

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

26    Jadual berikut merujuk kepada perjanjian yang ditandatangani antara Syarikat Overbeck dan Dent dengan Sultan Brunei dan Sultan Sulu.

 

Tahun

Peristiwa

1877

Menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei

1878

Menandatangani perjanjian dengan Sultan Sulu

 

Apakah kesan daripada perjanjian tersebut?

 

A      Penguasaan British ke atas Sabah

B      Perluasan pengaruh British ke Brunei dan Sulu

C      Pemberian bantuan modal oleh kerajaan Brunei dan Sulu

D      Pembentukan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Sabah

 

27    Senarai berikut merupakan cukai yang dikenakan oleh SBUB terhadap       penduduk pribumi di Sabah.

 

  • Cukai tanah
  • Cukai kepala
  • Cukai perahu

 

 

 

 

Mengapakah cukai tersebut diperkenalkan?

 

A      Mengatasi masalah kewangan

B      Memajukan pertanian komersial

C      Mengawal pergerakan penduduk

D      Memperbaiki kemudahan infrastruktur

 

28    Rajah berikut merujuk kepada tanaman tradisional yang diusahakan oleh penjajah British di Tanah Melayu pada kurun ke- 19.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah British mengusahakan tanaman tersebut?

 

A         Mempunyai kesesuaian iklim

B         Melibatkan modal yang rendah

C         Mengatasi kekurangan makanan

D         Memenuhi permintaan yang tinggi

 

29    Graf  berikut menerangkan kedudukan harga getah di Tanah Melayu antara tahun 1929 hingga 1932.

 

 

Harga

( $ )

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah faktor yang membawa kepada keadaan tersebut?

 

A         Kenaikan cukai ekspot

B         Pengenalan getah tiruan

C         Penglibatan pekebun kecil

D         Kemelesetan ekonomi dunia

 

30    Pernyataan berikut menerangkan perang pembebasan di Kedah.

 

Pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1821 mendapat tentangan hebat daripada rakyat Kedah di bawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin.

 

 

 

 

 

 

Mengapakah perjuangan tersebut menemui kegagalan?

 

A         Penglibatan kuasa asing

B         Kekurangan senjata moden

C         Perjuangan bercorak setempat

D         Kemunduran sistem perhubungan

 

[Lihat halaman sebelah

 

31    Senarai berikut merupakan binaan di Sarawak yang mengambil sempena nama Rentap.

 

 

  • Jalan Rentap
  • Bangunan Kubu Rentap
  • Bangunan Dewan Panglima Rentap

 

 

 

 

 

 

 

Binaan tersebut menunjukkan masyarakat kita

 

A         mendaulatkan hak bangsa

B         menghargai jasa tokoh negara

C         memiliki pemimpin berkarisma

D         memperjuangkan kedaulatan negara

 

32    Dialog berikut mungkin dituturkan di Perak pada abad ke- 19.

 

 

Pembesar A : Si Birch sudah melampau!

Pembesar B : Tindakannya mencampuri amalan

tradisi kita tidak dapat dimaafkan!

 

 

 

 

 

 

Amalan tradisi yang dimaksudkan dalam dialog tersebut merujuk kepada

 

A         pentadbiran

B         perhambaan

C         pelombongan

D         pajakan tanah

 

33    Jadual berikut merujuk kepada pertubuhan yang diasaskan  oleh Jose Rizal di Filipina.

 

Tahun

1892

Peristiwa

Penubuhan Liga Filipina

 

Mengapakah beliau menubuhkan pertubuhan tersebut?

 

A         Menuntut kemerdekaan

B         Membentuk kerajaan republik

C         Memajukan penduduk pribumi

D         Memperjuangkan keadilan ekonomi

 

 

 

34    Pernyataan berikut menjelaskan peranan golongan intelektual lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris dalam perjuangan kebangsaan di negara kita.

 

 

Golongan intelektual Melayu telah menyemarakkan kesedaran semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

 

 

 

 

 

 

Bagaimanakah golongan tersebut mencapai tujuan tersebut?

 

A         Menghasilkan penulisan kreatif

B         Mengasaskan pertubuhan politik

C         Mengadakan pakatan ketenteraan

D         Menubuhkan institusi pengajian tinggi

 

35    Rajah berikut merujuk kepada akhbar yang diterbitkan pada tahun-tahun 1930an.

 

 

Akhbar

Warta Malaya

Utusan Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Majlis

Apakah isu yang menjadi persoalan akhbar tersebut?

 

A         Kebajikan wanita

B         Kemasukan imigran

C         Kedudukan ekonomi

D         Kebebasan beragama

 

36    Apakah kesan gerakan Pemulihan Meiji terhadap negara Jepun ?

 

A         Menjadi kuasa imperialis

B         Menguasai ekonomi dunia

C         Membentuk Pakatan Bertiga

D         Memenangi Perang Dunia Kedua

 

 

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

37    Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Jepun melalui slogan berikut ?

 

 

“Asia Untuk Orang Asia”

 

 

 

 

A         Jepun penyelamat Asia

B         Asia harus bersatu padu

C         Jepun pemaju ekonomi Asia

D         Asia tidak wajar dijajah Barat

 

38    X dalam peta berikut merujuk kepada  kawasan yang digunakan tentera Jepun untuk menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, 1941.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

X ialah

 

A         Jitra

B         Pattani

C         Alor Star

D         Kota Bahru

 

39    Apakah tindakan yang dilakukan oleh tentera British dalam melaksanakan pergerakan berikut di Tanah Melayu pada tahun 1940an ?

 

Bumi Hangus

 

 

 

 

 

A         Merobohkan hospital

B         Menghancurkan bandar

C         Memusnahkan lombong

D         Melumpuhkan  pelabuhan

 

 

40    Jadual berikut menerangkan peristiwa penguasaan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dan Singapura.

 

Tarikh

Peristiwa

8 Disember, 1941

Jepun menyerang Tanah Melayu

19 Februari, 1942

Jepun menakluki seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura

 

Apakah faktor yang membolehkan Jepun menguasai Tanah Melayu dalam tempoh

masa yang singkat ?

 

I           Bantuan kuasa asing

II         Bilangan tentera ramai

III        Ketinggian semangat juang

IV        Keberkesanan strategi perang

 

A         I dan II

B         I dan IV

C         II dan III

D         III dan IV

 

41    Gambar berikut menunjukkan peristiwa penawanan Pearl Harbour di Hawaii oleh tentera Jepun pada 7 Disember, 1941.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah Jepun bertindak demikian ?

 

A         Membantu kuasa Paksi

B         Menguasai bahan mentah

C         Membina pangkalan tentera

D         Melumpuhkan pertahanan Amerika

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

42    Pernyataan berikut menggambarkan reaksi penduduk terhadap penjajahan Jepun.

 

Penduduk tempatan di Tanah Melayu tidak memberi tentangan terhadap kedatangan tentera Jepun.

 

 

 

 

 

 

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

 

A         Pengaruh propaganda Jepun

B         Bimbang akan kekejaman Jepun

C         Takut akan kekuatan tentera Jepun

D         Kagum dengan kegigihan tentera Jepun

 

  • Syonan
  • Cahaya Timur

 

 

 

 

 

43    Gelaran berikut merupakan nama yang diberikan Jepun kepada

 

A         Sabah

B         Sarawak

C         Singapura

D         Sumatera

 

Jawapan : C m/s 15

44    Apakah persamaan di antara pertubuhan berikut ?

 

  • Force 136
  • Gerila Kinabalu

 

 

 

 

 

 

A         Dipimpin orang British

B         Menentang penjajahan Jepun

C         Dianggotai golongan imigran

D         Mendapat sokongan kuasa asing

 

 

 

 

 

 

 

 

45    Apakah tujuan British memperkenalkan pentadbiran berikut di Tanah Melayu pada tahun 1945?

 

Pentadbiran Tentera British

 

 

 

 

A         Mengukuhkan ekonomi negara

B         Memulihkan keadaan huru-hara

C         Mengurangkan kos perbelanjaan

D         Memantapkan pertahanan negara

 

46    Perkembangan berikut berlaku di Tanah Melayu pada abad ke-20.

 

  • Pembunuhan seorang penghulu di Batu Pahat
  • Pembunuhan Pegawai Daerah di Batu Pahat
  • Pembakaran rumah-rumah berpenghuni di Kampung Bakor dan Sungai Manik, Perak

 

 

 

 

 

 

 

Perkembangan tersebut berkaitan dengan

 

A         keganasan Bintang Tiga

B         pergaduhan kongsi gelap Cina

C         konfrontasi Indonesia-Malaysia

D         penentangan terhadap Malayan Union

 

47    Senarai berikut merupakan matlamat British di Tanah Melayu pada abad ke-20.

 

  • Mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam
  • Mengukuhkan pertahanan British
  • Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanakah British mencapai matlamat tersebut ?

 

A         Melaksanakan pentadbiran Malayan Union

B         Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British

C         Memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu

D         Melatih penduduk tempatan mentadbir Tanah Melayu

 

 

 

[Lihat halaman sebelah

 

48    Rajah berikut merujuk kepada perubahan status Persekutuan Tanah Melayu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perubahan dari R ke S berpunca dari

 

A         pendudukan tentera Jepun

B         pentadbiran Parti Komunis Malaya

C         pengenalan pentadbiran Malayan Union

D         pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

 

49    Petikan berikut merupakan pandangan orang Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union yang disiarkan dalam akhbar Utusan Melayu.

 

 

12 OKTOBER, 1945 – Dari pandangan sepintas lalu dapatlah diketahui bahawa cadangan Malayan Union itu menguntungkan orang bukan Melayu. Hal ini amat mencemaskan fikiran dan perasaan orang Melayu mengenai masa depan mereka ….

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah orang Melayu berasa cemas ?

 

A         Golongan imigran mendapat hak berpolitik

B         Golongan imigran menguasai ekonomi negara

C         Golongan imigran mudah mendapat kerakyatan

D         Golongan imigran berpeluang menggubal perlembagaan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

50    Senarai berikut berkaitan dengan pertubuhan Melayu yang menyokong pelaksanaan Malayan Union.

 

  • Angkatan Pemuda Insaf (API)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian ?

 

A         Pentadbiran dapat disatukan

B         Ancaman komunis diharamkan

C         Perpaduan kaum dapat dieratkan

D         Kedudukan raja Melayu dikukuhkan

 

 

 

 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s